🟢Herblax
Agen detox untuk badan kita. Saya panggil pil cuci kerak usus. Musim perayaan kalau dah makan banyak perut buncit dulu lepas tu susah membuang. Kalau disimpan nanti bertambah banyak toxin dan tak bagus untuk usus. Makan saja Herblax jadi lebih mudah nak membuang sekaligus membantu melegakan sembelit.
🟢Alfalfa Complex
Saya sebenarnya makan Alfalfa ni sebab ada masalah keputihan. Tak nak nanti masa perayaan rasa tidak selesa. Kalau konsisten makan memang berkesan. Saya sangat rekomen pada semua wanita! Alfalfa Shaklee ini ialah hasil ciptaan Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1950an. Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan memang tak rugi ambil Alfalfa sebab banyak bonus extravaganza!
🟢Lecithin
Agen pembakar lemak. Masa Raya saya tak sempat beli Lecithin sebab saya ingat stok saya masih ada lagi😆🥲 Fungsi Lecithin sebenarnya bakar lemak lemak degil di badan kita. Kalau musim perayaan kita makan tak ingat dunia kan, rancak berbual sampai tak sedar habis dah kuih raya 1 balang 😆. So kena telan Lecithin untuk mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma badan. Yang bagusnya lecithin juga mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak.
Hari Raya dengan Shaklee ni bukan untuk slimming dan keputihan saja tau! Saya nak kongsi untuk kecantikkan lagi! 🌟 Best sangat bulan Ramadhan tahun ini sebab shaklee buat promosi set Rahmah! Saya sangat happy sebab supplemen dalam set Rahmah ialah supplemen favorite saya! 1 Tong ESP dan 1 Botol Vita C Plus.
Semakin meningkat usia saya dapat rasa perubahan pada tekstur kulit. Kulit saya jadi agak kering, kusam dan lebih sensitif. Saya pula tak suka guna banyak skincare jadi saya pilih cara yang healthy. Saya amalkan ESP Shaklee iaitu protein yang membantu proses penghasilan sel kulit yang sihat dengan lebih cepat. Saya juga amalkan Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan pembentukan kolagen di bawah lapisan kulit. Kalau kulit sihat kita akan nampak berseri dan yakin berdepan orang ramai.
Untuk slimming dan kecantikkan saya dah share tips! Ok ada 1 lagi yang special masa raya haritu, sempat saya berkongsi info tentang Basic H shaklee pada ahli keluarga dan kawan kawan.
Comments
Post a Comment