Amalan Gaya Hidup SihatHappynya Hidup Sihat !!
Amalan Gaya Hidup Sihat
Entry kali ini saya mahu kongsikan amalan gaya hidup sihat yang mudah untuk anda cuba!
💥JAGA KEBERSIHAN DIRI SENDIRI!
Langkah paling asas untuk hidup sihat ialah menjaga kebersihan diri seperti mandi, menggosok gigi, memastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas. Tubuh kita ini setiap hari berpeluh dan terdedah dengan pencemaran yang kita tak perasan pun, nampak macam bersih kan tapi tak.
💥JAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN!
Selain itu, menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di kawasan tempat tinggal kita supaya sentiasa ceria dan selesa.
Ada segelintir masyarakat bersikap sambil lewa apabila menjaga kebersihan sehingga membawa padah kepada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling. Pentingnya untuk menjaga kebersihan persekitaran agar kita dapat menghindari daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti gambar di bawah ini:-
Kebersihan adalah nilai yang paling wajib diamalkan oleh semua manusia kerana kekotoran adalah punca kepada penularan penyakit.
Maka, kita perlu sentiasa mengingatkan diri dan orang sekeliling supaya menitik beratkan aspek kebersihan diri dan persekitaran dalam kehidupan seharian.
Senagai contoh, mengutamakan kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan sebelum menjamu selera atau selepas menggunakan tandas dan sentiasa pastikan makanan ditutup.
💥MAKAN SEIMBANG!
Cara paling mudah mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan pemakanan yang seimbang sebab makanan ialah sumber utama untuk tenaga dan memastikan badan kita berada di tahap yang terbaik.
Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan karbohirat, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak.
Dengan pengambilan zat dan nutrien yang cukup, pasti tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan cergas.
Manakal makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi hendaklah dikurangkan.
Masyarakat hari ini lebih gemar untuk memakan makanan restoran segera serta makanan yang telah diproses kerana menjimatkan masa, tenaga dan mendapat hidangan yang sedap. Tetapi jika dialakan dengan kerap, ia pasti menjejaskan kesihatan diri.
💥BERSENAM!!
Bersenam dapat membantu badan kita kekal aktif dan dapat meningkatkan imunisasi dan ketahanan diri. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk beriadah atau bersukan. Pastikan anda melakukan aktiviti yang sesuai dengan kemampuan diri masing-masing .
Jangan risau anda boleh bersenam cara simple ini
untuk membakar kalori lemak, mengeluarkan peluh atau toksin dari badan serta membina otot yang penting untuk pertumbuhan badan.
💥TIDUR YANG CUKUP
Mulakan hari ini!
Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Kurang tidur akan mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.
✅Penting untuk kesihatan jantung.
Kekurangant tidur boleh menjejaskan tekanan darah, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.
✅Meningkatkan sistem imun.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.
Apabila terdapat gangguan tidur, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Anda akan mudah mendapat penyakit. Sebab itu kena ada tidur yang cukup supaya badan anda berfungsi dengan baik dan normal.
✅Meningkatkan tahap memori dan proses pembelajaran.
Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian. Hebat kan!
💥SUPPLEMEN HARIAN!
Mengambil supplemen harian memberi anda sebahagian besar nutrien yang anda perlukan untuk kesihatan yang baik.
Boleh pilih supplemen harian yang berasaskan bahan semulajadi yang mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, sumber protein yang baik, dan lemak sihat.
Saya rekomen anda cuba supplemen shaklee sebab memang pilihan popular di malaysia.
Antara vitamin dan suplemen yang sesuai untuk meningkatkan thaap kesihatan anda ialah berikut:-
Vitamin C untuk rangsangan imuniti
Asid lemak Omega-3 untuk meningkatkan fungsi jantung
kesihatan wanita secara keseluruhan
Minuman Botani yang tinggi Antioksidan
Saya harap Tips ini bermanfaat untuk anda!
Terima Kasih melawat blog saya!
Shaklee ialah makanan kesihatan yang SELAMAT, SEMULAJADI DAN TERBUKTI BERKESAN.
Sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Comments
Post a Comment