Skip to main content

TIPS TRAVEL KE PULAU LABUAN

Entry kali ini saya mahu share Tips Travel hujung minggu ke sebuah pulau yang mungkin kebanyakan orang masih belum tahu iaitu Pulau Labuan

Yang teringin datang jalan jalan ke sabah boleh singgah di pulau labuan kejap sebab Labuan antara lokasi percutian yang menyeronokkan bersama keluarga. 

KENAPA LABUAN?

✓Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga Pulau Bebas Cukai.

✓ Pilihan terbaik untuk percutian hujung minggu, anda akan dapat menikmati pantai dan aktiviti menyelam.

✓Makanan laut dengan harga yang berpatutan. 

✓Labuan adalah tempat yang aman dan boleh meneroka pulau dengan menyewa kereta di sini. 

✓Perkhidmatan kereta Grab yang mudah dan murah sebab jarak perjalanan yang dekat.


MACAM MANA CARA UNTUK PERGI KE PULAU LABUAN?

Kalau dari KUL boleh lah naik kapal direct ke Labuan. Biasanya, penerbangan dari KUL ke Labuan dalam masa 2 jam 30 minit. Nanti rajin rajin cek tiket di airasia.com  sebab kalau beli awal kadang dapat harga murah. Oh ya, biasa kalau fly dari KUL ke LBU akan dapat GATE yg special iaitu gate K yang jauh sekali haha..so pastikan datang awal ke airport ye! nanti tertinggal. 

Untuk mereka yang datang dari Sarawak or Kota Kinabalu ada 3 pilihan boleh naik Flight, Ferry atau Boat! Tiket untuk pengangkutan air beli saja secara  online di web EasyBook 

PENGINAPAN
Ada banyak pilihan menarik tapi saya rekomen beberapa penginapan yang selesa, cantik dan  makanan pun sedap sini. Nanti boleh pilih dan bandingkan harga melalui Trivago 

⭐⭐⭐⭐⭐ 
⭐⭐⭐⭐⭐
⭐⭐⭐⭐⭐
⭐⭐⭐⭐⭐
⭐⭐⭐⭐⭐

BERCUTI HUJUNG MINGGU DI LABUAN! APA AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN??

1. Bersiar siar di pulau yang berdekatan iaitu pulau rusukan dan pulau papan. Di pulau ini nanti boleh melakukan aktiviti air seperti diving dan snorkeling.
View pun cantik sini.
2. Melawat ke Taman Burung.
3. Melawat Taman Botanikal Labuan.
4. Muzium Marin Labuan.

5. Melawat Tempat Bersejarah:-

Muzium Chimney
Muzium Labuan
Memorial Park
Tapak Perang Dunia II
Dataran Labuan
6. Tempat Shopping ole ole sebelum balik.

Wajib singgah sebab ada banyak jenis coklat murah sini ⭐
Singgah pasar UTC boleh beli pelbagai makanan kering.Yang paling laku sini bilis mata biru dan keropok ikan masin.
Kesimpulannya, Labuan ni dekat saja! sesuai sangat untuk travel hujung minggu.  Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Dalam masa 1 hari saja boleh habiskan round 1 pulau. 

Ok sebelum saya akhiri entry ini, macam biasa saya mahu remind kepada semua kaki travel, memandangkan sekarang ni kita terdedah pada banyak kuman-kuman dari persekitaran bolehlah makan vitamin shaklee sebagai usaha pencegahan dan memantapkan imuniti badan kita, mana tau masa travel tu kita jumpa orang yang ada penyakit berjangkit. 

Ini ialah Vitamin yang sesuai untuk bawa travel:-

Immune Booster Vitamin C- dalam bentuk kapsul
Immune Booster Nutriferon- serbuk untuk yang sukar telan kapsul.
Kalsium
Vitamin untuk Tenaga

Semoga perkongsian saya bermanfaat untuk anda!
Terima Kasih melawat blog saya!

Ada nak kongsi atau katakan kepada saya?
Sila komen atau hubungi saya.
love to hear some feedback from you.

Cik.LV (Shaklee Agent Labuan since 2020)
📱: 017-5607907
✍ pm fb: LV Anna
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

SET KURUS SHAKLEE

SET KURUS SHAKLEE SAYA MAHU KURUS!!  Ini lah azam setiap tahun yang mahu dicapai. Menguruskan badan, bukanlah sesuatu yang mudah sebab memerlukan keazaman dan kehendak yang tinggi untuk diri sendiri kekal bersemangat dalam penjadualan pemakanan harian kepada habit yang sihat. Mahu kurus secara sihat kena cuba 3 perkara ini, iaitu kehidupan yang sihat, senaman berkala dan pengambilan supplemen secara bijak.  Entry kali ini, Saya mahu share supplemen Shaklee yang boleh bantu kita untuk kurus. Kalau makan dengan cara yang betul dan konsisten pasti boleh bantu hilangkan berat badan dalam masa 3 bulan! Jemput baca jenis supplemen Shaklee di bawah ini dan bolehlah buat Keputusan mahu cuba yang mana 1. Set Kurus Shaklee ini amatlah special kerana produk yang ada dalam set ini merupakan produk terbaik untuk membantu turunkan berat badan dengan sihat dan selamat.  Yang paling penting, Shaklee ialah supplemen tanpa bahan kimia dan selamat di gunakan. Diantaranya produk yang terkandun

KATA KATA MOTIVASI UNTUKMU

Kata Kata Motivasi     Awak tengah down ke tuu?  Sabar!! Dalam hidup ini kadang kita akan rasa penat, kecewa, stress. Pelbagai perkara mungkin berlaku tanpa kita mahukan. Hidup memang tidak selamanya menyenangkan, setiap orang tidak dapat menghindar dari cobaan atau ujian hidup. Ada kalanya saya sendiri hampir putus asa dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan untuk terus berjaya dalam hidup.  Tapi kita perlu tetap kuat untuk bangkit!! Kata Kata Motivasi Yang Anda Boleh Baca Untuk Bangkitkan Semangat:- Gambar ni masa saya pertama kali naik Gunung kinabalu. Kawan kawan kata nak naik gunung kena ada training dulu kalau tak nanti susah nak mendaki. Saya start risau sebab saya tak ada training langsung. Nampak tak saya terduduk di batu tu sebab penat, sejuk sakit kaki. Gunung Kinabalu tinggi tau! 1. Jangan Putus Asa. Tidak kiralah apa jua usia, hidup kita ni berbeza dan ujian kita pun tidak sama. Janganlah mudah menyerah kalau masih mampu berusaha lagi. Ingat

PAIN RELIEF SHAKLEE

PAIN RELIEF SHAKLEE Pain Relief Shaklee SELAMAT BERKENALAN dengan vitamin terbaru Shaklee 2023 iaitu PAIN RELIEF SHAKLEE !! Shaklee keluarkan produk baru ini untuk fokus pada mereka yang mengalami sakit-sakit seperti sendi, senggugut dan otot. Shaklee Pain Relief adalah vitamin campuran daripada ekstrak Boswellia dan ekstrak safflower secara semula jadi yang membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan otot.  Vegetarian juga boleh mengambil Pain Relief Shaklee kerana ia tidak mengandungi bahan daripada haiwan. Kebaikan Boswellia Boswellia, adalah ekstrak herba yang diambil dari pokok serrata Boswellia. Ekstrak boswellia telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan rakyat Asia dan Afrika. Ia dipercayai dapat merawat penyakit keradangan kronik serta beberapa keadaan kesihatan yang lain. Safflower  merupakan bunga serupa thistle dalam keluarga bunga matahari. Biasanya dikenali sebagai 'kusum' di India dan 'honghua' (bunga merah) di China