Skip to main content

KATA KATA MOTIVASI UNTUKMU

Kata Kata Motivasi

  

Awak tengah down ke tuu? 

Sabar!!

Dalam hidup ini kadang kita akan rasa penat, kecewa, stress. Pelbagai perkara mungkin berlaku tanpa kita mahukan. Hidup memang tidak selamanya menyenangkan, setiap orang tidak dapat menghindar dari cobaan atau ujian hidup.

Ada kalanya saya sendiri hampir putus asa dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan untuk terus berjaya dalam hidup. 

Tapi kita perlu tetap kuat untuk bangkit!!


Kata Kata Motivasi Yang Anda Boleh Baca Untuk Bangkitkan Semangat:-

Gambar ni masa saya pertama kali naik Gunung kinabalu. Kawan kawan kata nak naik gunung kena ada training dulu kalau tak nanti susah nak mendaki. Saya start risau sebab saya tak ada training langsung. Nampak tak saya terduduk di batu tu sebab penat, sejuk sakit kaki. Gunung Kinabalu tinggi tau!

1. Jangan Putus Asa.

Tidak kiralah apa jua usia, hidup kita ni berbeza dan ujian kita pun tidak sama. Janganlah mudah menyerah kalau masih mampu berusaha lagi. Ingat masih banyak orang-orang di luar sana yang memiliki masalah lebih berat dari kita namun tidak pernah menyerah untuk menghadapinya. 

Sentiasa ingatkan diri kita, tidak semua benda yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan terus dapat. Apa yang kita mahu capai kadang kala memerlukan masa dan juga usaha. 


2. Sentiasa Bersangka Baik.

Bersangka baik adalah sentiasa berfikiran positif.
Cabaran pastinya tetap menanti dalam setiap bidang yang kita ceburi. Mindset kena jaga jangan jadi tukang tilik. 

Contoh:- 
Masa mula mula saya join bisnes partime Shaklee, saya ada perasaan takut untuk promote makanan kesihatan Shaklee sebab saya fikir adakah orang nak beli,?  tapi sebenarnya itu hanya fikiran diri saya sendiri. Bila saya sudah mula buat dan sharing, ramai rakan yang support saya. 
Ada juga orang yang saya tak kenal sekarang jadi bisnes partner saya. 

3. Kuasa Doa.

Berdoalah dan Tuhan akan menjawab permintaan kita. Doa ialah permohonan dan pengharapan agar hidup lebih berkat dan berjaya.

Pada pendapat saya, dalam segala aktiviti kita sehari-hari, akan terasa mudah jika kita selalu melibatkan Tuhan dalam usaha yang dilakukan. Rezeki kita berlainan, jadi kena berdoa yang baik baik dan percaya pada aturannya. 


4. Bersyukur.

Jangan lupa bersyukur dalam kehidupan. Bila kita bersyukur kita akan rasa lebih damai walaupun banyak masalah. Belajar bersyukur tak semestinya dengan hal yang besar tapi juga dengan hal hal yang kecil biasa dan sederhana.

Lihatlah perjalanan pendapatan bisnes partime Shaklee saya from zero to hero sampai sekarang saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat. 

Starting!

UP!

UP!!!!

UP!!!!!!! 

 

5. "Yakin dan Percaya, Maka Semua akan Menjadi Kenyataan"

Setiap orang ada potensi dan kemampuan yang tersendiri. Kita kena percaya pada diri yang kita boleh buat!

Sambung kisah saya mendaki gunung, waktu ni saya memang sudah tak larat! sikit lagi nak sampai puncak tapi saya terduduk dan start fikir kenapa saya nak naik gunung kinabalu yang tinggi dan sukar ni? 

Then apa yang buat saya bangkit dan terus mendaki? 

Abang saya kata pada saya, "Habiskan apa yang kau sudah mulakan" Percaya pada diri kau boleh buat! Sudah separuh jalan rugi kalau berhenti!

Bukan senang nak buat tapi saya dengar nasihat. Kalau orang lain boleh yakin dengan apa yang kita mampu buat kenapa pula kita tak yakin dengan diri sendiri. 

YES!!!! akhirnya, saya berjaya sampai puncak!! Saya happy! Saya terharu! hilang semua rasa penat lelah dan negative aura! 

Kalau kita fikir kita boleh! kita memang boleh buat!


Semoga perkongsian kata-kata semangat dan motivasi yang saya kongsikan dapat bantu anda semua untuk terus bermotivasi.

Teruslah Berjuang dan Berusaha Dalam Hidup!


Terima Kasih melawat blog saya!


*Pengguna & Pengedar Shaklee Labuan* 

🏢 shaklee labuan LV Ujana

✍ Jom kita jadi kawan - fb: LV Anna

#megablogshaklee

#nextlevelblogging

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleelabuan

#shakleesabah




Comments

Popular posts from this blog

SET KURUS SHAKLEE

SET KURUS SHAKLEE SAYA MAHU KURUS!!  Ini lah azam setiap tahun yang mahu dicapai. Menguruskan badan, bukanlah sesuatu yang mudah sebab memerlukan keazaman dan kehendak yang tinggi untuk diri sendiri kekal bersemangat dalam penjadualan pemakanan harian kepada habit yang sihat. Mahu kurus secara sihat kena cuba 3 perkara ini, iaitu kehidupan yang sihat, senaman berkala dan pengambilan supplemen secara bijak.  Entry kali ini, Saya mahu share supplemen Shaklee yang boleh bantu kita untuk kurus. Kalau makan dengan cara yang betul dan konsisten pasti boleh bantu hilangkan berat badan dalam masa 3 bulan! Jemput baca jenis supplemen Shaklee di bawah ini dan bolehlah buat Keputusan mahu cuba yang mana 1. Set Kurus Shaklee ini amatlah special kerana produk yang ada dalam set ini merupakan produk terbaik untuk membantu turunkan berat badan dengan sihat dan selamat.  Yang paling penting, Shaklee ialah supplemen tanpa bahan kimia dan selamat di gunakan. Diantaranya produk yang terkandun

PAIN RELIEF SHAKLEE

PAIN RELIEF SHAKLEE Pain Relief Shaklee SELAMAT BERKENALAN dengan vitamin terbaru Shaklee 2023 iaitu PAIN RELIEF SHAKLEE !! Shaklee keluarkan produk baru ini untuk fokus pada mereka yang mengalami sakit-sakit seperti sendi, senggugut dan otot. Shaklee Pain Relief adalah vitamin campuran daripada ekstrak Boswellia dan ekstrak safflower secara semula jadi yang membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan otot.  Vegetarian juga boleh mengambil Pain Relief Shaklee kerana ia tidak mengandungi bahan daripada haiwan. Kebaikan Boswellia Boswellia, adalah ekstrak herba yang diambil dari pokok serrata Boswellia. Ekstrak boswellia telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan rakyat Asia dan Afrika. Ia dipercayai dapat merawat penyakit keradangan kronik serta beberapa keadaan kesihatan yang lain. Safflower  merupakan bunga serupa thistle dalam keluarga bunga matahari. Biasanya dikenali sebagai 'kusum' di India dan 'honghua' (bunga merah) di China